Masalah adalah sesuatu perkara yang perlu diselesaikan dengan sesuatu cara yang sesuai dan logik.
Terdapat empat sifat yang penting dan berkesan dalam menyelesaikan masalah, iaitu motivasi yang kuat, trait yang positif, jati diri dan membina kemahiran. Seseorang yang mempunyai motivasi yang kuat adalah bersikap yang positif dan tidak mudah mengalah terhadap sesuatu masalah yang dihadapi. Seseorang itu akan mencari penyelesaian masalah dengan sedaya upaya tanpa cepat mengaku kalah. Bagi seseorang yang mempunyai sifat trait yang positif, dia akan menghadapi masalah dalam keadaan dan emosi yang tenang tanpa berasa takut dan menyelesaikan masalah dengan menggunakan kebijakan dan kepintarannya. Selain itu, sifat jati diri boleh dilihat dari segi kebolehan sendiri, seseorang itu dapat menyelesaikan masalah dengan keyakinan dan keupayaan sendiri. Sifat yang keempat ialah membina kemahiran. Kemahiran ini dapat dipelajari dalam bengkel-bengkel dan kursus-kursus penyelesaian masalah.
Terdapat enam jenis masalah, iaitu misteri, tugasan, kesukaran, keempat peluang, "puzzles", dan dilema.setiap kategori ini mempunyai penyelesaian masalah sendiri.
Dalam model penyelesaian masalah secara saintifik dan logik, terdapat tujuh langkah penyelesaian masalah. Terlebih dahulu, kita mestilah mendefinisikan masalah dan mengkelaskan masalah berdasarkan tahap risiko dalam langkah yang kedua. Seterusnya, kita mesti menentukan objektif dalam penyelesaian masalah dan tentukan ukuran kerjaya (standard dan piawai). Langkah yang kelima ialah mengutipkan data dengan membuat keputusan berdasarkan kepada data dan maklumat yang dikumpul. Selepas itu, keputusan perlu dibuat dengan memilih opsyen yang paling tepat. Akhirnya, kita haruslah melaksanakan keputusan yang diambil.
Selain itu, terdapat penyelesaian masalah yang lain seperti penyelesaian secara saintifik (mengadakan hipotesis, mengumpulkan maklumat dan membuat kesimpulan), penyelesaian melalui perasaan dan penyelesaian secara Islam (pendekatan hukum).